Jom Buat Duit

Menjalankan perniagaan Young Living Essential Oil

Berminat untuk menjalankan perniagaan dengan Young Living Essential Oil? Nak tahu bagaimana?

YLEO adalah perniagaan dengan MLM. Perniagaan ini berpotensi untuk memberikan anda pendapatan. Terdapat beberapa cara untuk mendapat pendapatan dengan Young Living:

  1. Untung dari harga runcit

    YL memberikan harga ‘wholesale’ sebanyak 24% lebih murah dari harga runcit.

  2. Komisyen dari jualan dalam organisasi
  3. Bonus dari jualan dan pendaftaran ahli dalam organisasi anda.

Bagaimana nak mula?

Untuk memulakan perniagaan Young Living, berikut adalah tip untuk anda:

  1. Jadi ahli Young Living

    Untuk menjadi ahli Young Living. Anda perlu membeli salah satu “Starter Kit” (Panduan menjadi ahli). Jika anda serius untuk menjalankan perniagaan ini, sebaiknya anda mendaftar ahli + Essential Rewards (ER) Program. ER program ini adalah program auto langganan bulanan. Bukan sahaja untuk memastikan anda tidak lupa belian bulanan anda, ia juga menawarkan beberapa rewards yang berguna untuk perniagaan seperti Rewards Point untuk tebus belian.

  2. Belajar dan fahamkan “Compensation Plan Young Living”

    Compensation plan adalah pelan perniagaan dalam Young Living. Pelan untuk menerangkan setiap bonus, komisyen dan manafaat lain yang boleh anda dapat dari YL. Dengan memahami pelan ini, anda akan dapat merancang pelan dan strategi untuk memaksimumkan pendapatan bulanan anda dalam Young Living.

  3. Belajar berkenaan produk Young Living

    Ilmu produk jualan ini amat berguna dalam menjalankan perniagaan. Lebih banyak anda tahu berkenaan penggunaan produk, pemasaran anda akan lebih berkesan.

  4. Susun strategi dan pelan perniagaan untuk mencapai matlamat anda

    Dengan menggunakan ilmu produk dan “Compensation Plan” anda boleh mula menyusun rancangan perniagaan dan strategi. Perkara yang biasa kita kita ambil kira apabila memulakan perniagaan adalah:

    Maklumat perniagaan – Dalam bahagian ini, kenalpasti segala maklumat mengenai perniagaan anda. Anda juga perlu masukkan struktur modal.

    Pengurusan – Ini merupakan bahagian di mana maklumat pengurusan perniagaan difikirkan.

    Pemasaran – Menghuraikan strategi pemasaran produk atau perkhidmatan anda. Kenalpasti pesaing, segmen pemasaran yang anda mahu pecahkan dan sebagainya.

    Operasi – Bahagian ini kenalpasti keadaan di mana perniagaan anda beroperasi. Apakah proses operasi dalam menjalankan perniagaan anda.

    Kewangan – Item yang dikenalpasti dalam operasi, pemasaran, pengurusan dan sebagainya perlu diterjemahkan dalam unjuran wang ringgit. Anda perlu tahu nilai atau kos kesemua yang telah diceritakan itu untuk dimasukkan ke bahagian kewangan.

     Tip tambahan: Belajar penggunaan teknologi dalam perniagaan untuk membantu pemasaran anda.

Anda berminat, kami sediakan bimbingan. Hubungi kami untuk konsultasi percuma.